Friday, 6 March 2009

My little princess part 2 ^^ cereka hidupku

Saat ku meningalkan airport.. ku mencari2 kapal terbang MAS… tapi apakan daya..ku tak dapat melihat di mana tempat berlepasnya.. ku gagahkan kaki untuk terus pulang ke Rennes.

Sepanjang perjalanan.pilunya hati ini.. memikirkan kenangan manis bersama… isk isk..syahdu rasanya.. lepas ni dah takde orang masak sedap2..takde orang nak minta urut.. takde orang nak pot pet pot pet.. mesti sunyi kat umah.. aku rasa isteriku pun sama…pasti teringatkan ku.. walaupun dah bersama keluarga.. tapi pasti teringatkan suami yg tercinta ni…hehehehehe perasan tol la…

Isteriku telah selamat sampai ke msia, ku terima sms ketika aku baru hendak tidur… tapi bukannya benar2 nak tidur..tapi sebenarnya dok pikirkan isteriku yang tengah sarat mengandung.. Adakah dia selamat..adakah baby ku jg selamat?…Alhamdulillah. sms kuterima isteriku telah selamat sampai ke Malaysia. Sejurus kemudianm, aku capai laptop.. ku buka Voipstunt… terus call isteriku dengan segera.. nasib baik ada Voipstunt ni..teknologi voice over ip yang membolehkan ku telefon ke Malaysia dengan murah… ku dengar suaranya.. menjawab salamku ..waalaikumsalam.. terus mengurangkan kerisauanku… Alhamdulillah..

Masa berlalu….detik demi detik…setiap hari ku telefon isteriku.. bertanyakan khabar baby and mak baby..setiap hari bangun tidur and sebelum tidur pasti aku akan menelefon isteriku.. kadang2 rasa macam nak pindahkan semua kesakitan isteriku kepadaku je.. sabar ye sayang.. semuanya akan cepat berlalu..

bab makan...aku masak sendiri lerrr. setiap hari minggu buat rendang.. sampai mak mertua aku terkejut hehe.. bukan apa.. aku buat rendang sebab lauk rendang boleh tahan untuk 3-4hari…punya la malas. kekadang masak jugak ayam merah..masak bujang je.hehe.
Dan untuk mengisi kesunyian malam….apa aku buat ek?.. di sebalik kerinduan.. hehe.. aku dok main game ??apa main2 game nih!!! budak phd ni takde lain keje ke??!!.. bukannya apa.. aku selalunya fully utilized waktu siang aku untuk berkerja..buat kerja2 aku.. so malam nya..takkan nak dok buat phd je.. so relax la…kuikuikui.

Ku buka satu website n terjumpa lagu dafi… « bila terasa rindu » … huh sayunye.. isk isk.. rasa nak nangis je.. tak cukup dengan tu.. ku download masuk mp3 ke dalam psp ku... setiap malam ku ‘dendangkan’ lagu ni.. bila ku mainkan lagu ni kat isteriku..huh menusuk kalbu,hatiku sayu... Tu la, orang suruh berzikir ke sebelum tidur, taknak.. ni pi mainkan lagu buatpe !!! kata isteriku…kang dah kena..padan muka aku.

Pada petang khamis waktu msia (6 mac 2008) isteriku mengadu terasa sedikit sakit perut n sekejap2...emm aku mulai risau.tapi isteriku ckp, mungkin ni 'false alarm' kot.hingga mlm pun terasa juga walau sikit.tapi alhamdulillah isteriku dapat tido lena mlm tu. aku pesan padanya supaya pergi jumpa doktor esok pg.

Tuut….tuut… tuut… handphone ku berbunyi.. menyentap lena ku yang tak berapa nak lena…

Eh ..eh.. ni no telefon abah.. kenapa telefon kul 3 pagi ni (10pg waktu malaysia)?
Ada apa?
Ke ada apa2.. ?
atau memang betul ada pa2 nih ???
hatiku berdebar2..ku angkat telefon terus ku beri salam…sejurus kemudian..salam ku dijawab.. Abah mengatakan.. rokiah baru je masuk labour room jam 10pg. terkejut aku.. cepatnye ?? lebih awal 2 minggu dari yang ku jangkakan..kata abah..biasala tu… janji isteriku tak apa2.. moga semuanya selamat.. ku tak dapat hubungi isteriku.. tapi abah kata..nanti dia akan telefon lagi…katanya jangan risau..insy semua nya selamat dan banyak2 berdoa. Di saat ini, aku berharap dapat berada di sisi isteriku untuk memberi kata2 perangsang n semangat. tapi apakan daya. aku hanya mampu berdoa dan melakukan apa yg patut di sini.
lepastu ku hubungi mak di klang.mak n abah sekeluarga juga mendoakan isteriku n baby selamat. terima kasih mak abah.

Lebih kurang 2 jam kemudian baru ku terima panggilan daripd isteriku.cepat2 ku angkat tel. Tuhan saja yg tahu betapa gembiranya aku dapat mendengar suaranya pada waktu itu...alhamdulillah.
mama dlm perjalanan ke hospital. kata isteriku mama datang lewat sebab nak sediakan barang2 tambahan untuk isteriku n baby walaupun isteriku dah ready awal2 barang2 basic je. terima kasih mama.
abah plak tengah tunggu kat luar labour room...mesti tak sabar2 tu nak menimang cucu sulung.hehehe. terima kasih abah.
isteriku mengadu yg dia boring sgt dok dlm lab. room sorg2..nurse plak kadang2 je masuk tgk.dok menyembang kat luar tu. so aku la jadi peneman..lama jugak aku bergayut ngan isteriku time tu. mcm mula2 bercinta plak. ekekekek.
jam 12.30 tgh hari waktu msia, mama dah ada bersama2 isteriku.

Aku menerima panggilan isteriku lagi jam 6 pagi (1 ptg waktu msia). isteriku mengadu sakit2...dah start sakit betul2 ni...aku dah mula gabra n cuak. aku hanya mampu memberi kata2 perangsang n byk2 berdoa. sekejap je aku dapat bckp dgn isteriku. isteriku tak leh kol lama2 dah sebab terlalu sakit. aku di sini hanya mendokan moga isteriku n baby selamat dilahirkan.

Tanggal 7 Mac 2008 (Jumaat) tepat jam 2.55 ptg, segala kesakitan yg isteriku tanggung n segala cuak gabra aku sebelum ni terus hilang dengan kehadiran puteri sulung kami di alam fana ini.aku bersyukur pada Allah kerana segalanya selamat n dipermudahkan. ku terus hubungi mak di klang n mengkhabarkan berita gembira ni.

bersambung...

Sunday, 22 February 2009

My little princess part 1 ^^ cereka hidupku

Kisah hidupku...
bermula nya sebuah kehidupan....
setahun dua bulan yg lalu,



abang...abang ..baby gerak2 dalam perut ni... em dia tahu yang dia nak pisah dengan abahnya...
aku berasa pilu..sambil memegang perut isteriku...sabar ye sayang... perpisahan hanya sementara..insy kegembiraan akan datang...esok kami akan ke Paris..untuk menghantar isteriku pulang..sementara aku akan tinggal seorang diri di sini...

Sehari sebelum berangkat ke paris, isteriku bersusah payah membuat kuih n makanan kegemaranku...untuk kali terakhir sebelum pulang..pilu rasanya... dalam keadaan sakit2..perut membuyut tu..susah payah buatkan makanan untuk aku..aku katakan tak perlu la... tapi isteriku tetap buatkan..katanya...untuk abang..buat kali terakhir sebelum kia pulang...
antaranya puding karemel, pulut sekaya n bancuhan cucur jagung yg belum digoreng..isteriku sediakannya untuk aku sarapan sebelum g keje sewaktu isteriku pulang ke msia nanti (2 hari je dah habis aku bedal daaa).

terima kasih syg...itu yang mampu ku ucapkan...

di pendekkan cerita..kami sampai di Paris... untuk menunaikan keinginan isteriku>>> aku bawa isteriku makan di tempat istimewa di Paris... makan nasi beriani...aku dapat tahu ada restoran msia di paris dari pihak kedutaan Msia. diorang la promote kedia tu kat aku. bahkan ramai orang Malaysia makan di situ n semestinya halal ^^...ku orderkan teh tarik kegemaran isteriku..huh ada juga teh tarik kat paris ni.


selepas tu...kami keluar untuk ke hotel. unfortunately hujan turun renyai2... ku tanyakan tuan punya kedai..adakah hotel kami dekat atau jauh?katanya dekat je..jadinya kami decide untuk meredah hujan ke hotel...em rupanya jauh juga sebab tersesat... dah la hujan2...sejuk pulak tu..kesian aku tengok isteriku menggigil kesejukan...kalau ku tahu, aku naik je train semula...

maafkan abg sekali lagi ye sayang..and maafkan abg kerana abang kia terpaksa lalui semua ni..

sampai di hotel..huh lega...nyaman hotel tu..ye la dah la melalui kesejukan di kota PARIS..nak masuk musim sejuk dah time tu..dalam bulan 12... 3 months before afiqah lahir... malam tu kami makan lagi nasi beriani bungkus...banyak pulak kalau bungkus ni... tapi aku tengok isteriku sayu je...

sayang... terima kasih kerana sanggup berkorban untuk abang..dan baby kita.... maaf abang tak dapat pulang bersama..insy..ada rezeki kita bertemu lagi..abang berdoa kia selamat semuanya...
malam tu, sebenarnya aku tdo tak lena...saje2 je aku pejamkan mata... keran aku sedar isteriku terlalu hiba... ku cuba pujuk tapi apa yang daya..aku juga sayu..

esoknya...pagi2 lagi kami dah keluar untuk ke airport...sampai di airport dalam 2 jam sebelum penerbangan, kami breakfast dulu kat situ...sehingalah sampai masanya untuk isteriku pulang ke tanah air... mengalir air mata isteriku.. aku hanya mampu mencium dahi isteriku..untuk menenangkannya...sayangku, berpisah hanya sementara..insy bahagia akan menjelma...saat2 berpisah... isteriku meminta maaf dan meminta dihalalkan rezki...sambil melambaikan tangan...sayup2 isteriku..perlahan2 hilang dari pandangan mata... sayup mata memandang,berat hati ingin berpisah...

aku tetap tunggu sehingga flight berlepas jam 12tghari...sebenarnya...aku berharap isteriku dapat bersalin di sini...tetapi memikirkan tentang kesihatan dan penjagaan aku rela isteriku pulang dan bersalin di malaysia..

bersambung...

isk mcm novel plak bila aku baca...kueng3

Gedegang ....Real story

Ahad 22hb Feb 1.30 pagi...

Aku terjaga dari lena...akibat terdengar suara jiran bergaduh...
apa la mak arab ni..nak bergaduh laki bini pagi2 buta..menyusahkan orang je (ntahle laki biki ke apa...suara dia je yg dengar dah tu plak rumah famili hanya satu je setiap level n yg bakinya bilik single so level aku ni...aku je satu2nya yg ada famili) mungkin couple kot tp dok bilik single.ntahlerrrrrr.
aku cuba bangun untuk melihat apa yang berlaku..isteri dan anakku masih lagi tdo...

aku mengintai dari celah2 lubang pintu...lampu menyala...
tapi xnampak sesiapa pun kat luar...mungkin jiran sebelah rumah aku yg bergaduh..siap bersumpah dengan nama Allah...huh bergaduh betul...

tiba2.......................................................


Gedegang...bunyi sesuatu dihempaskan ke lantai n terkena pintu & dinding rumahku...dalam hatiku.."Sial betul!!!"..apa kena mengena dengan aku...nak je aku keluar...tapi aku bersabar...anak aku dah start terjaga...wife aku pun...ee geramnya...orang yang menghempaskan tu rupa2nya jiran depan bilik aku..
dia geram dengan jiran sebelah yg buat bising kot..jadi dia dengan bengapnye menghentam benda tu..oh ye sebenarnya kerusi kayu... terkedu juga aku..isteriku dah naik angin n mcm nak g serang dah...sebab Afiqah terkejut n dah start meragam...aku menenangkan isteriku dan suara orang arab bergaduh itu masih tak surut2.

sejurus kemudian...gedegang!!!!!...gila betul la orang depan umah aku ni...aku dapat perhatikan rupanya minah perancis depan umah aku tu... dia campak kerusi kayu ke atas lantai koridor rumah aku sampai berkecai....dan terkena pintu rumah ku..rasanya dia tension bunyi bising mak arab sebelah bergaduh n aku agak minah perancis tu mmg sakit jiwa..aku n wife bersabar je la...

sebenarnya..petang tu dalam pukul 6..ada orang baling kayu kerusi kat pintu bilik aku sampai bergegar rumah... aku tak tahu siapa..sekarang dah tahu..sah sah perempuan tak siuman tu... aku kembali masuk ke bilik dgn perasaan sabar...nak report polis tak reti cakap...no tel polis pun xde...aku sabar je la..dah tu kena tdo kan semula afiqah yang dah start terjaga n mmg susah nak tido semula...


sejurus kemudian..tuk tuk tuk...pintu rumah diketuk...bukan pintu rumah ku..tapi pintu rumah jiran depan ku..seorang security (yg jaga penempatan student di sini) datang menyuruh perempuan bengap tu keluar... beberapa kali disuruh keluar..dia tak mahu keluar hinggakan diugut panggil polis baru nak keluar...security tu bertanyakan apa yang berlaku kpd perempuan tu... tapi prempuan tu katanya dia tak tahu apa2...n bukan dia yg hempas semua tu.
(securitu tu dtg, mungkin ada jiran lain yg kol security tu n mengadu ada problem).

pmpn tu cakap..sebelum ni ada orang pecah masuk bilik dia dan campak semua barang2 tu... dia cakap dia baru balik n tak tahu apa2. sebagai bukti... dia cakap tengok kasut dia...orang yg pecah masuk umah tu dah siat2 kasut dia...huhu...aku nak tergelak dengar alasannya....dalam keadaan marah pun sempat lg aku nak tergelak...hai menipu betul...padahal aku ada je depan pintu mengendap dari pintu bilik aku..aku nampak depan mata aku..dia yg campak barang2 tu...

security tu mmg tak percaya..pastu dia kata ...itu masalah kau... sepatutnya kau panggil polis sebab ada orang pecah masuk rumah kau... tapi sekarang ni...kerusi dan kayu mayan ni semua barang2 kau..aku nak kau ambil balik semuanya.... tiba2 perempuan tu tutup pintu..isk isk..pastu security tu kutip kayu2 tu...and campak depan pintu pompuan tu....sambil katakan (completement malade)..mmg sepenuhnya sakit.isk isk isk..pastu peristiwa tu berlalu mcm tu je la.

aku agak pompuan ni ada masalah mental..sakit jiwa. frust bercinta ke ..stress study ke ntah la... jangan dia ganggu family aku udah...aku harap takde apa2 yg berlaku lagi lepas ni..

pengalaman aku ni...mengajar aku bersabar n jangan lupa no TELEFON POLIS & security di sini.

Friday, 20 February 2009

Lama menyepi....

Huh.. dah lama blog ni aku tinggalkan...
Rasa2nya waktu tu aku baru dapat title 'abah'...mungkin terlalu happy sampai terlupa nak update blog aku ni..iskkk mmg tak patut. sampai aku sendiri terlupa password blog nih...alhamdulillah zaujahku yg tolong ingatkan aku.
alhamdulillah sekarang aku sudah pun mempunyai seorg cahayamata penyejuk hati yang nak masuk setahun perjalanan hidupnya di alam fana ini...
mungkin nak start balik tulis blog..and update sikit2..insy..

walaupun dah busy writing..insy ada masa akan ku tulis riwayat hidupku di dalam blog ini, tapi first sekali aku akan ceritakan pengalaman saat2 zaujati tercinta melahirkan anak kami di saat aku berada jauh dari sisinya...sooo tunggguuuuuu.

"Terima kasih ku ucapkan atas pengorbananmu itu...I love u soooo much."

Your Ad Here