Friday, 6 March 2009

My little princess part 2 ^^ cereka hidupku

Saat ku meningalkan airport.. ku mencari2 kapal terbang MAS… tapi apakan daya..ku tak dapat melihat di mana tempat berlepasnya.. ku gagahkan kaki untuk terus pulang ke Rennes.

Sepanjang perjalanan.pilunya hati ini.. memikirkan kenangan manis bersama… isk isk..syahdu rasanya.. lepas ni dah takde orang masak sedap2..takde orang nak minta urut.. takde orang nak pot pet pot pet.. mesti sunyi kat umah.. aku rasa isteriku pun sama…pasti teringatkan ku.. walaupun dah bersama keluarga.. tapi pasti teringatkan suami yg tercinta ni…hehehehehe perasan tol la…

Isteriku telah selamat sampai ke msia, ku terima sms ketika aku baru hendak tidur… tapi bukannya benar2 nak tidur..tapi sebenarnya dok pikirkan isteriku yang tengah sarat mengandung.. Adakah dia selamat..adakah baby ku jg selamat?…Alhamdulillah. sms kuterima isteriku telah selamat sampai ke Malaysia. Sejurus kemudianm, aku capai laptop.. ku buka Voipstunt… terus call isteriku dengan segera.. nasib baik ada Voipstunt ni..teknologi voice over ip yang membolehkan ku telefon ke Malaysia dengan murah… ku dengar suaranya.. menjawab salamku ..waalaikumsalam.. terus mengurangkan kerisauanku… Alhamdulillah..

Masa berlalu….detik demi detik…setiap hari ku telefon isteriku.. bertanyakan khabar baby and mak baby..setiap hari bangun tidur and sebelum tidur pasti aku akan menelefon isteriku.. kadang2 rasa macam nak pindahkan semua kesakitan isteriku kepadaku je.. sabar ye sayang.. semuanya akan cepat berlalu..

bab makan...aku masak sendiri lerrr. setiap hari minggu buat rendang.. sampai mak mertua aku terkejut hehe.. bukan apa.. aku buat rendang sebab lauk rendang boleh tahan untuk 3-4hari…punya la malas. kekadang masak jugak ayam merah..masak bujang je.hehe.
Dan untuk mengisi kesunyian malam….apa aku buat ek?.. di sebalik kerinduan.. hehe.. aku dok main game ??apa main2 game nih!!! budak phd ni takde lain keje ke??!!.. bukannya apa.. aku selalunya fully utilized waktu siang aku untuk berkerja..buat kerja2 aku.. so malam nya..takkan nak dok buat phd je.. so relax la…kuikuikui.

Ku buka satu website n terjumpa lagu dafi… « bila terasa rindu » … huh sayunye.. isk isk.. rasa nak nangis je.. tak cukup dengan tu.. ku download masuk mp3 ke dalam psp ku... setiap malam ku ‘dendangkan’ lagu ni.. bila ku mainkan lagu ni kat isteriku..huh menusuk kalbu,hatiku sayu... Tu la, orang suruh berzikir ke sebelum tidur, taknak.. ni pi mainkan lagu buatpe !!! kata isteriku…kang dah kena..padan muka aku.

Pada petang khamis waktu msia (6 mac 2008) isteriku mengadu terasa sedikit sakit perut n sekejap2...emm aku mulai risau.tapi isteriku ckp, mungkin ni 'false alarm' kot.hingga mlm pun terasa juga walau sikit.tapi alhamdulillah isteriku dapat tido lena mlm tu. aku pesan padanya supaya pergi jumpa doktor esok pg.

Tuut….tuut… tuut… handphone ku berbunyi.. menyentap lena ku yang tak berapa nak lena…

Eh ..eh.. ni no telefon abah.. kenapa telefon kul 3 pagi ni (10pg waktu malaysia)?
Ada apa?
Ke ada apa2.. ?
atau memang betul ada pa2 nih ???
hatiku berdebar2..ku angkat telefon terus ku beri salam…sejurus kemudian..salam ku dijawab.. Abah mengatakan.. rokiah baru je masuk labour room jam 10pg. terkejut aku.. cepatnye ?? lebih awal 2 minggu dari yang ku jangkakan..kata abah..biasala tu… janji isteriku tak apa2.. moga semuanya selamat.. ku tak dapat hubungi isteriku.. tapi abah kata..nanti dia akan telefon lagi…katanya jangan risau..insy semua nya selamat dan banyak2 berdoa. Di saat ini, aku berharap dapat berada di sisi isteriku untuk memberi kata2 perangsang n semangat. tapi apakan daya. aku hanya mampu berdoa dan melakukan apa yg patut di sini.
lepastu ku hubungi mak di klang.mak n abah sekeluarga juga mendoakan isteriku n baby selamat. terima kasih mak abah.

Lebih kurang 2 jam kemudian baru ku terima panggilan daripd isteriku.cepat2 ku angkat tel. Tuhan saja yg tahu betapa gembiranya aku dapat mendengar suaranya pada waktu itu...alhamdulillah.
mama dlm perjalanan ke hospital. kata isteriku mama datang lewat sebab nak sediakan barang2 tambahan untuk isteriku n baby walaupun isteriku dah ready awal2 barang2 basic je. terima kasih mama.
abah plak tengah tunggu kat luar labour room...mesti tak sabar2 tu nak menimang cucu sulung.hehehe. terima kasih abah.
isteriku mengadu yg dia boring sgt dok dlm lab. room sorg2..nurse plak kadang2 je masuk tgk.dok menyembang kat luar tu. so aku la jadi peneman..lama jugak aku bergayut ngan isteriku time tu. mcm mula2 bercinta plak. ekekekek.
jam 12.30 tgh hari waktu msia, mama dah ada bersama2 isteriku.

Aku menerima panggilan isteriku lagi jam 6 pagi (1 ptg waktu msia). isteriku mengadu sakit2...dah start sakit betul2 ni...aku dah mula gabra n cuak. aku hanya mampu memberi kata2 perangsang n byk2 berdoa. sekejap je aku dapat bckp dgn isteriku. isteriku tak leh kol lama2 dah sebab terlalu sakit. aku di sini hanya mendokan moga isteriku n baby selamat dilahirkan.

Tanggal 7 Mac 2008 (Jumaat) tepat jam 2.55 ptg, segala kesakitan yg isteriku tanggung n segala cuak gabra aku sebelum ni terus hilang dengan kehadiran puteri sulung kami di alam fana ini.aku bersyukur pada Allah kerana segalanya selamat n dipermudahkan. ku terus hubungi mak di klang n mengkhabarkan berita gembira ni.

bersambung...

No comments:

Mmwallet4u.net Team!

Your Ad Here