Tuesday, 1 January 2008

Menonton siaran bola di seluruh dunia ( watching live football coverage)

Assalamualaikum kepada semua pembaca setia,

Di sini aku ingin berkongsi maklumat berkenaan cara-cara nak menonton siaran bola pasukan kegemaran anda LIVE secara FREE di internet. Memang tidak dinafikan di UK ni bukan macam Malaysia, kita boleh pi kedai-kedai mamak menonton siaran bola, tak pun melanggan ASTRO dengan memilih siaran sport, boleh la menonton sepuas-puasnya.

Walaupun di UK ni tempat asalnya siaran-siaran ni, tapi masalahnya tidak ditayangkan secara percuma. Yang ada cuma LIVE coverage untuk results je, dalam BBC Sport News biasanya. Kena langgan Sky Sport ke, Setanta ke, dan bermacam-macam lagi baru la dapat tengok geng. Dah la mahal, nak pi tengok kat stadium lagi la tak berbaloi. Kempunan la korang nak tonton secara LIVE kalau tak tahu cara-caranya.

Ok, geng... dengan adanya broadband, bukan setakat di France dan Malaysia korang boleh cuba cara aku ni, tapi di mana-mana sahaja korang pergi, insyaAllah korang boleh menonton gak secara LIVE game-game team favourite. Ikut langkah-langkah di bawah ni (senang je sebenarnya, cuma kena tahu caranya je):

  1. Korang masuk website ni - http://livetv.ru/en/
  2. Dalam website ni, disenaraikan game-game (bola dan lain2) yang ditayangkan secara LIVE di mana-mana di dunia ni. Pilih je game yang korang nak tengok. Korang kena la tau masa siaran tu ditayangkan secara LIVE. Kalau tak, takde siaran ulangan geng.
  3. Lepas korang pilih ni, nanti disenaraikan di mana nak streaming video tu. Biasanya ada 2-3 streaming video yang korang boleh pilih. Aku biasanya pilih siaran yang guna software Sopcast (simbolnya macam ni ha ).
  4. Sebelum koran boleh menonton ni, aku terlupa nak inform awal-awal, korang kena download software Sopcast ni kat sini http://download.sopcast.com/download/SopCast-2.0.2.zip. Lepas unzip, korang install je dulu.
  5. Lepas tu, korang start software ni macam biasa. Di sini, korang tak payah register pun, just guna login anonymous je kat situ pun boleh.
  6. Dah masuk software ni, ikut cara yang aku buat ni. Korang masuk balik dalam website http://livetv.ru/en/ di mana korang dah pilih siaran yang nak tengok tu. Kat sini, korang cari siaran yang menggunakan software Sopcast, korang Right Click kat simbol tu.
  7. Then, korang copy link location (kalau guna Mozilla macam aku ni). Pastu korang Paste kan kat software Sopcast tu addressnya.
  8. Lepas tu, korang tekan Enter atau simbol Play tu, insyaAllah lepas tu siaran bola or game2 lain akan ditayangkan secara LIVE di dalam komputer korang. FREE lagi, cuma bayar broadband la. Memang la ada sikit buffer dan beza minit dengan LIVE dalam TV, tapi layan je, yang penting boleh tengok kan.
  9. Selamat mencuba.
source: ABEHAFIS

No comments:

Mmwallet4u.net Team!

Your Ad Here